Krash Kozz

Krash Kozz merupakan kumpulan hip hop Malaysia.[1] Ahli klasik kumpulan ini terdiri daripada Fawzi, Albert, DJ Najee,[2] Jakeman, Suresh, Noramin, Joe Siva[3] dan DJ Gabriel. Sepanjang tempoh singkat penglibatan dalam industri muzik antara 1989 dan 1994, Krash Kozz telah dianggap sebagai perintis muzik hip hop tempatan dan turut dikenali kerana memperkenalkan New Jack Swing kepada industri muzik tanahair.[4][5] Mereka dibubarkan selepas menerbitkan satu album, nama kumpulan ini merupakan olahan daripada frasa bahasa Inggeris, 'crash course'.

Krash Kozz

Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Syarikat rakaman Valentine Sound Production
Genre Hip hop, New Jack Swing
Tahun aktif 1989–1994
Bekas ahli
  • Fawzi
  • Albert
  • DJ Najee
  • Jakeman
  • Suresh
  • Noramin
  • Joe Siva
  • DJ Gabriel